PaPaGo vs Garmin XT


ENTRI kedua kali ni aku paparkan untuk korang pengguna-pengguna navigator di luar sana. Bagi yang baru nak mengenali dunia navigator atau masih tercari-cari software ape untuk korang nak pakai, mungkin entri aku kali ni dapat membantu berdasarkan pengalaman aku menggunakan software tersebut. Di sini, aku ingin buat perbandingan antara Papago X3 dan Garmin Mobile XT. Kedua-dua software ini menyokong aplikasi mfm maps. Aku takkan sentuh navigator software lain seperti iGo8, TomTom, Lokatoo dan banyak lagi software yang berlambak kat pasaran sekarang.

Kenapa aku memilih software ni? Sebab hanya dua software ini sahaja yang support aplikasi mfm maps. Dan kenapa aku memilih mfm maps? Sebab hanya map ini yang up to date map kat Malaysia ni. Yang lain bukannya tak up to date, tapi agak lambat untuk dapat update map yang terbaru. Buat pengetahuan, mfm untuk Garmin diupdate seminggu sekali dan kalau tak silap aku Papago 2 minggu sekali. Aku kira tak perlulah aku nak bercerita panjang pasal map ni memandangkan aku ingin bercerita Papago X3 dan Garmin Mobile XT. Mungkin di entri akan datang aku akan bercerita mengenai map ni.

Ok, bila dibuat perbandingan antara Papago X3 dan Garmin Mobile XT, pendapat aku mengatakan Papago X3 jauh lebih baik berbanding Garmin Mobile XT. Bagi aku, Garmin hanya lebih pada grafik semata-mata. Garmin telah kalah kepada Papago dengan mengambil kira aspek-aspek berikut:



1. Papago jauh lebih cepat mencari Point of Interest (POI) berbanding Garmin. Search pada Garmin mengambil kira dalam lingkungan berapa kilometer kawasan carian manakala Papago akan terus menunjukkan hasil carian sebaik sahaja button search ditekan.

2. Papago memaparkan berapa jauh lagi perjalanan kita untuk sampai ke destinasi. Garmin hanya memaparkan anggaran jam berapa kita akan sampai ke destinasi. Bagi aku, maklumat yang Garmin berikan adalah tidak praktikal untuk diguna pakai berbanding jarak perjalanan yang dipaparkan Papago kerana anggaran jam berapa kita sampai adalah bergantung kepada berapa kelajuan kita memandu, traffic jam, traffic light dan lain-lain.

3. Papago mempunyai junction view manakala Garmin tiada. Ini memudahkan kita untuk memilih haluan apabila berada di jalan raya yang banyak cabang dan mengelirukan kita.


Kedua-dua gambar di atas aku snap semasa perjalanan dari JB ke KL. Nampak tak apa persamaannya? Ya, Gambar simpang yang ditunjukkan adalah sama dengan yang sebenarnya. In fact, kalau korang perhatikan betul-betul, gambar iklan tayar tu pun sama dengan navigator tu.

4. Papago mempunyai aplikasi mendapatkan maklumat POI terdekat dengan destinasi yang dituju. Sebagai contoh kita ingin ke Danga Bay, selepas destinasi telah dijumpai, pada map tersebut terdapat satu function POI nearby di mana jika kita ingin ke petrol station dahulu dalam perjalanan ke destinasi, maka function ini boleh digunakan. Software Garmin masih tidak mempunyai aplikasi ini.

5. Papago lebih cepat memberi tindak balas terutama sekali semasa memasuki simpang. Garmin biasanya mempunyai masalah lagging ketika memasuki simpang. Maksud di sini, walaupun kenderaan kita sudah memasuki simpang, tapi indicator pada garmin masih belum memasuki simpang. Ini memberi masalah kepada kita terutamanya bila memandu di dalam bandar yang banyak simpang.

6. Papago mempunyai paparan bangunan 3D manakala Garmin tiada kelebihan ini. Gambar di bawah aku snap semasa aku di KL ketika memandu di sebelah Times Square. Bangunan Times Square tu betul-betul berada seperti dalam paparan navigator aku. Hebat kan?



Jadi macam mana? Mana satu pilihan korang? Tepuk dada tanya selera la.Begitu la sedikit sebanyak pendapat aku mengenai dua software navigator ni. Andai kata artikel aku ni ada tersilap atau misinformation, sila bagi komen ok. Ada apa-apa pertanyaan, sila la bertanya. Jangan malu-malu. Mana yang termampu aku jawab. Mana yang tak termampu, aku jawab jugak, tapi jawab Wallah hualam. Sekian.

1 Response to PaPaGo vs Garmin XT

  1. nice info..now i know which one to choose.. ^_^

Post a Comment