Tips Penjagaan Bateri Laptop




ENTRI kali ini memaparkan tips atau panduan penjagaan bateri laptop atau lebih dikenali sebagai Litium ion (Li-ion). Aku percaya, laptop pada masa kini bukan lagi suatu alat atau gajet bagi golongan yang berada sahaja, malah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian bagi semua orang yang searus dengan teknologi moden hari ini. Suatu persoalan atau perbezaan pendapat sering timbul bila kita membahaskan tentang bagaimana untuk memanjangkan usia bateri laptop kita. Sama ada memasang bateri atau mengeluarkan bateri apabila kita menyambungkan 'AC adaptor' (power supply) semasa penggunaaan laptop kita. Bagi aku, satu sahaja mind set aku bila mana kita senang untuk mendapat punca bekalan bagi menyambung 'AC adaptop', lebih baik dikeluarkan sahaja bateri tersebut dan simpan di tempat yang sejuk.