Tips Penjagaan Bateri Laptop
ENTRI kali ini memaparkan tips atau panduan penjagaan bateri laptop atau lebih dikenali sebagai Litium ion (Li-ion). Aku percaya, laptop pada masa kini bukan lagi suatu alat atau gajet bagi golongan yang berada sahaja, malah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian bagi semua orang yang searus dengan teknologi moden hari ini. Suatu persoalan atau perbezaan pendapat sering timbul bila kita membahaskan tentang bagaimana untuk memanjangkan usia bateri laptop kita. Sama ada memasang bateri atau mengeluarkan bateri apabila kita menyambungkan 'AC adaptor' (power supply) semasa penggunaaan laptop kita. Bagi aku, satu sahaja mind set aku bila mana kita senang untuk mendapat punca bekalan bagi menyambung 'AC adaptop', lebih baik dikeluarkan sahaja bateri tersebut dan simpan di tempat yang sejuk.
- Usia Bateri Laptop
Kebanyakan daripada kita percaya bahawa usia bagi sesebuah bateri itu adalah dalam masa 1 hingga 3 tahun dengan penggunaan yang normal. Tetapi, ramai di antara kita tidak tahu bahawa bateri kita akan luput seiring dengan usianya tidak kiralah kita menggunakan bateri itu atau tidak. Jadi, bermula dari bateri itu dibuat, ia akan luput secara perlahan-lahan walaupun bateri tersebut tidak diguna.
Selain daripada faktor usia tersebut, bateri mempunyai bilangan kitaran 'charge/recharge' tersendiri. Kebiasaannya, bateri mempunyai 300-800 kitaran 'charge/discharge' bagi usia 1-3 tahun. Selepas daripada kitaran ini, bateri akan hilang kapisiti cajnya sedikit demi sedikit sehinggalah gagal untuk menghidupkan laptop. Kita akan dapat perhatikan hal ini apabila kebiasaannya laptop kita dapat bertahan 3 jam tetapi akan berkurangan sedikit demi sedikit sehinggalah laptop terpaksa bergantung sepenuhnya kepada 'AC adaptor'.
Oleh yang demikian, bateri akan luput mengikut faktor usianya tidak kiralah ia digunakan atau tidak dan juga bergantung bilangan kitaran 'charge/recharge' nya tersendiri. Persoalannya, bagaimana kita menjaga bateri laptop ini bagi memenjangkan usianya?

- Tips Dan Teknik Penjagaan Bateri
1. Elakkan daripada bateri 'discharge' sepenuhnya
Li-ion tidak seperti bateri lain yang memerlukan bateri digunakan sepenuhnya sebelum dicaj semula. Dan pada dasarnya, membiarkan bateri Li-ion dicaj apabila bateri digunakan sepenuhnya boleh menyebabkan kurang kapasitinya bagi satu kitaran dan lebih teruk lagi lama-kelamaan boleh merosakkan bateri tersebut. Jadi, dinasihatkan di sini caj bateri laptop anda apabila kuasa bateri tersebut menunjukkan paras 10 % hingga 20 %.
2. 'Calibrate' bateri laptop
Kadang-kadang, kita akan dapati bahawa bateri kita tidak dicaj sepenuhnya pada kadar 100%. Ia hanya dicaj pada paras 80 % kepada 99% sahaja dan seterusnya ia akan berhenti daripada dicaj. Ini adalah petanda bahawa kita perlu 'calibrate' penunjuk aras bateri kita. Caranya, gunakan bateri laptop tersebut sepenuhnya sehingga laptop terpadam dan selepas itu, caj bateri laptop tersebut dan anda akan dapati bateri tersebut dapat dicaj pada paras 100 %. Adalah dinasihatkan untuk 'calibrate' bateri anda setiap 30 kitaran 'charge/discharge'.
3. Keluarkan bateri apabila menggunakan 'AC adaptor'
Apabila anda menggunakan 'AC adaptor' pada laptop anda, adalah lebih baik jika anda keluarkan bateri laptop daripada ia dipasang pada laptop. Persoalan inilah yang selalu kita dengar sama ada keluarkan atau pasangkan sahaja bateri tersebut semasa penggunaan 'AC adaptor'. Terdapat 2 kebaikan bila kita tidak memasang bateri semasa penggunaan 'AC adaptor'.
Pertamanya, apabila kita keluarkan bateri semasa penggunaan 'AC adaptor', sudah tentunya kita dapat menjimatkan bilangan kitaran 'charge/recharge' bagi bateri tersebut dan ini sudah tentunya dapat memanjangkan hayat bateri tersebut.
Keduanya, harus diingatkan bahawa haba adalah musuh utama bateri. Maka, semasa penggunaan bateri pada laptop, kehadiran haba dari aktiviti mengecaj dan haba dari laptop itu sendiri dapat memendekkan hayat bateri tersebut. Jadi, apabila bateri dikeluarkan, maka faktor haba ini dapat dielakkan seterusnya memanjangkan hayat bateri tersebut.
Simpanlah bateri tersebut di tempat yang sejuk dan elakkan di tempat yang panas seperti di dalam kereta ketika terik mentari. Pembuat bateri selalunya menempatkan bateri tersebut pada suhu 60°F atau 15.56 °C. Sebelum menyimpan bateri tersebut, pastikan bateri tersebut berada pada paras kuasa 40 %. Menyimpan bateri pada paras kuasa yang rendah boleh menyebabkan kerosakan pada bateri tersebut.
References:
1. Notebook Battery Guide by Chris Yano
2. Rechargeable Notebook Batteries - Shelf Life and Notebook Battery Maintenance Tips
3. Batteries in a Portable World

0 Response to Tips Penjagaan Bateri Laptop
Post a Comment