Install Garmin XT And Papago X3 Into Lokatoo A903
SETELAH berjaya install Garmin XT dan Papago X3 ke dalam Lokatoo A900, kali ini aku mencuba untuk install kedua-dua software itu ke dalam A903 pula. Malangnya, aku gagal untuk install Garmin XT ke dalam model A903 ini. Puas aku mencari bagaimana untuk install Garmin XT ke dalam navigator model ini, tapi masih juga tidak berjaya.
Mungkin Lokatoo telah meningkatkan sistem navigasinya ke tahap yang lebih baik bagi mengelakkan hacking pada modelnya. Launhpad yang selalu diguna pakai ketika install software Garmin XT dan Papago tidak dapat dikesan. Setelah difikir-fikirkan balik, tidak mungkin program yang mereka buat itu tidak dapat digodam, maka dengan menggunakan logik akal dan kaedah cuba jaya, akhirnya dapat juga aku hack model ini untuk install Papago X3 ke dalamnya.
Aku tidak akan memberi panduan bagaimana untuk install Papago X3 tersebut di sini kerana adalah menjadi satu kesalahan untuk berkongsi kepada orang ramai bagaimana cara untuk menggodam sesuatu model. Jika aku berkongsi juga, bermakna aku telah melakukan kesalahan dalam memelihara hakcipta orang lain. Untuk kegunaan aku sendiri, adalah juga satu kesalahan, tetapi jika ditambah perkongsian ilmu salah tersebut, maka secara tidak langsungnya aku memberatkan lagi kesalahan aku. Tidak kisahlah orang lain ingin berkongsi dengan kalian bagaimana untuk menggodam model tersebut, asalkan orang itu bukan aku.
Malangnya, untuk software Garmin XT, aku masih tidak jumpa caranya bagaimana untuk install software tersebut ke dalam model ini. Mungkin selepas ini ada manusia di muka bumi ini yang dapat menggodam bagaimana untuk install Garmin XT ke dalam A903. Dan jika dia manusia bukan macam aku, pasti cara untuk install Garmin XT ke dalam A903 dapat diketahui nanti. Sekian.
sudah ado yg boleh install Garmin XT skrg....
Mcm mane bro? ade link?
Assalam bos..ad link papago untuk lokatio a900 tak
Assalam bos..ad link papago untuk lokatio a900 tak