LANJUTAN dari
entri yang lepas, entri kali ini memaparkan salah satu kelebihan
mfm maps yang diguna pakai oleh software Garmin dan Papago. Maps mfm merupakan maps yang digunakan oleh majoriti pengguna-pengguna navigator di Malaysia dan Singapura. Ia terdiri daripada senior mappers iaitu Sunn dan OngCC dan regional mappers Robo, Gerkeng & Fancheng yang menyumbang ke arah kewujudan peta mfm yang kita lihat sekarang ini.
Di mana letaknya kelebihan maps ini adalah pengguna-pengguna maps ini boleh menyumbang track log kepada mapper-mapper tadi bagi membuat, menambah atau mengemaskini jalan-jalan dan point of interest yang ada di Malaysia mahupun di Singapura.
Gambar di bawah menunjukkan salah satu track log yang telah aku sumbangkan untuk jalan-jalan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang:
|
Jalan Asal |
|
Track Log |
|
Jalan Baru Hasil Daripada Sumbangan Track Log | | |
|
|
|
|
Kebiasaannya, selepas satu hingga dua keluaran maps baru yang dikeluarkan, track log yang anda sumbangkan akan dikemaskini oleh mapper-mapper tadi. Track log yang disumbangkan haruslah mengikut negeri masing-masing. Sebagai contoh, track log di atas telah disumbangkan di
Johor Bahru Tracks and POIs. Bagaimana untuk menyumbang track log ini kepada mapper akan dihuraikan di entri akan datang.
0 Response to Kelebihan MFM Maps
Post a Comment