Kenapa Blackberry Diharamkan?
SEJAK kemunculan smartphone Blackberry di pasaran, ia telah menjadi suatu trend terutamanya golongan muda-mudi untuk memilikinya sebagai suatu gajet yang tercanggih dan bergaya mendahului jenama-jenama lain seperti Nokia, Sony Ericsson, Samsung dan lain-lainnya. Malangya, pada kebelakangan ini, timbulnya satu kontroversi di mana penggunaannya akan disekat.
Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi telah pun menyekat penggunaan e-mail, internet, dan mesej smartphone Blackberry di negara mereka. India juga turut akan melarang penggunaan smartphone ini tidak lama lagi. Persoalannya, kenapa negara-negara ini melarang penggunaannya?
Bagaimana Blackberry Berfungsi?
Mari kita lihat bagaimana Blackberry bertukar maklumat. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana Blackberry bertukar suara, e-mail, mesej dan aplikasi-aplikasi lain dengan server.
Tidak seperti telefon-telefon lain yang menggunakan 'open standard', Blackberry mempunyai sistem perlindungan keselamatan yang tinggi dan mekanisma permindahan datanya yang tersendiri. Setiap maklumat yang melalui Blackberry akan ditukar kepada satu sistem kod yang hanya boleh dipecahkan oleh pusat rangkaian data Blackberry di Kanada. yang dikenali sebagai Research in Motion (RIM). Ini bermakna, tiada siapa pun dapat memahami sistem kod tersebut yang melalui smartphone ini. Jika kita lihat gambar di atas, segala maklumat dari Blacberry akan pergi ke servernyer tersendiri dahulu sebelum pergi ke server-server yang lainnya. Di sinilah isunya di mana server-server yang lain tidak dapat menukar sistem kod dari Blackberry kepada suatu maklumat yang boleh difahami. Berbanding telefon-telefon lain yang akan pergi terus kepada server-server ini.
Apakah Impaknya Jika Sistem Kod Ini Tidak Dapat Difahami?
Kerana sistem keselamatan yang tinggi inilah Blackberry digunakan di dalam ketenteraan dan agensi kerajaan dalam komunikasi mereka. Malah presiden Barack Obama turut menggunakan Blackberry dalam e-mail dan komunikasinya.
Oleh kerana tiada jalan lain agensi kerajaan untuk mengesan komunikasi yang melalui Blackberry ini, ia telah dianggap suatu ancaman kepada sistem keselamatan negara mereka. Sebagai contoh, penjenayah boleh berhubung sesama mereka menggunakan Blackberry tanpa dapat dikesan dan difahami oleh pihak kerajaan. Bukankah ini suatu ancaman kepada negara? Atas sebab inilah pihak kerajaan mengharamkan penggunaan smartphone jenis ini.
blackberry banned issue jugak... cari la topik lain bro
at least plagiarism is not there...like that person, just copy and paste, as if it was his idea...give reference la brother, credit to owner of the article...ngeh3...